Sabtu, 22 Oktober 2011

pELanGi sELepaS Hujan~

Jangan takut dengan esok, andai hari ini terlalu pedih..
Jangan pernah hilang rasa percaya , 
jika yang kau lalui bukan yang kau pinta..

Salam readers, semakin berabok blog cik eldy ni. ^.^ Bile lah nak rajen..hehe.. tibe2 malam ni rajen sikit..lepas jumpe ngan sorang kawan cik eldy tadi.. dengar cerite die, cik eldy sangat2 tersentuh.. sudah lumrah, hidup di dunia ini kita akan diduga dengan ujian.. Alhamdulillah, 22 tahun hidup cik eldy ni juga tak pernah sunyi dengan perkara2 yang menguji kekuatan diri. tapi, sejak dari kecil lagi cik eldy dah lihat kesusahan dan orang2 yang ditimpa kesusahan itu tak pernah kelihatan kalah.. hari ini cik eldy sedar.. Mummy cik eldy yang tak pernah mengalah dulu itu lah yang mengajar cik eldy yang kesusahan itu hanya lah ujian.. ia bukan untuk selamanya.. dugaan ini juga bukan untuk kita terus menangis menyalah kan takdir dan tuhan.. pandang lah disebalik kejadian yang kita rasakan berat ini.. ada yang lebih besar menanti.. tapi semuanya terletak pada hati dan diri kita sendiri.. bagaimana kita mahukan nya..
 
Balik cerite kawan cik eldy tadi..dengar kan sesalan die, macam dah mengalah dengan diri sendiri.. tak terfikir juga sesuatu yang buruk itu kadang2 menimpa seseorang menjadi kan orang itu orang yang mati.. tapi itulah yang cik eldy dengar tadi.. dan sesuatu yang cik eldy sangat2 pelik. kenapa kita ni manusia kalau senang nak same same. susah??! semangat yang hilang tu sebenarnya dapat diberikan semula hanya dengan nasihat, kata2 yang dapat balik kan kekuatan, pegang orang itu dan sekadar pelukan yang erat.. mungkin anda rasa itu sekadar syarat, tapi tau tak.. sekecil2 perhatian korang tu sebenarnya terlalu berharga pada dia.. fikir lah kalau sampai mase korang, tak ade yang korang boleh harapkan.. kawan2 baek korang tu pulak yang lari.. seronok ke agak2?? fikir la sendiri... tak perlu la kita jadi manusia yang menambah luka saudara sendiri.. jadi lah orang yang melindungi..

cik eldy sendiri bukanlah lah seorang yang sangat kuat mengahadapi liku2 hidup.. kadang kala rebah jugak.. tapi lepas bersedih bangun la semula, mencari kekuatan, mencari penyelesaian dan jangan lah pernah putus memohon bantuan dari Allah S.W.T.. hanya Dia yang maha mengatahui.. cik eldy taknakkk sangat tengok kawan2 cik eldy bersedih, hilang kepercayaan diri dan yang seangkatan dengan nya.. semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita semua.. amin..

Dan malam yang tak berhenti henti hujan ni.. cik eldy nak share satu artikel ni.. ade jugak kene mengene dengan hujan.. :)  sangat berguna pada sesiapa yang terus menerus rasa semua nya tak adil pada diri nya.... 


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

artikel dipetik dari I luv Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan