Siap semua mandi and siap for night session, bergerak ke port balek. ecewah sume comrades tengah lepak2, ade yang bakar ayam. ade yg maen gitar cube nyanyi lagu embass juge. yang jauh cukup dekat disini.. kepul2 asap kerang, kentang dan hotdog dikipas sana sini. dari satu sudut, terlihat kita sebagai perkampungan manusia2 megah dari watak yang berbeza, tapi baju yang sama. baju penumbuk sape takde, mmg tak gangster.!
Aktiviti mengipas dari squad kebas tiba2 terhenti dengan usikan hujan renyai. bertukar lokasi untuk berteduh. aktiviti sauna Arm, Daus bahary Fahmy dan Nhuaa situkang suluh diteruskan. dalam gelap gelita tetap lagi terdengar ketawa bergema dr setiap sudut binaan separa itu. selapas selesai mambakar, semua comrades duduk bersila having torchlight diner. wuh. sweet ala2 melayu gitu. :)
Dan tiba2 lepas makan, sesi melompat rancak berlaku dipantai. Yam yang tercampak disini sana agak merisaukan. Eldy, Kina dan Ain berjaya dalam lompatan pertama terus addict melompat sampai tak benti2. Arm yang konon2 lompat tinggi dan Ary bengang tak dapat lompat. hahaha. Beddy pon rupenye senyap2 join squad lumpat pantai. cis cis cis.
Hampir larut malam, few comrades telah pun bergerak. kepadatan dan keterujaan (-.-") MIG pastinya memenatkan. dari awal pagi kita bermula, kini hampir dengan penutupnya. wajah2 dedikasi pagi tadi kini adalah wajah kepuasan, wajah bangga berada ditanjung tuan. yang di pagi nya tidak mengenal ramai orang tapi malam sudah riuh bersembang membahan2. MIG ini menyatukan. tidak dirancang jejak kasih adik dan abang, tapi beberapa kembar telah ditemukan. satu hari yang cukup pendek untuk kita, tapi pastinya terlalu bermakna. cukup memberi satu petak pemikiran baru tentang apa disebalik MBA yang hanya dilihat dari facebook anda semata2 sebelumnya..
Tanjung Tuan menghadiahkan suka tanpa duka, sakit bahu, kaki dan belakang, babak pertemuan mata ke mata pertama banyak manusia, kulit tanned hasil sunblock, nama2 samaran baru, trauma dibenam dan diterbalik kan, juga gambar2 indah berbagai rupa. kenangan, memori dan pengalaman yang maximum ini cuma milik kita2 sahaja. :)
Rugilah yang tak datang, sayang seribu kali sayang (sesi bakar line) lalalala~
MIG MANUSIA KOMITED.
MIG bukan matlamat pendek. bukan suka2 merungkai acara, bukan cerekarama tv3, bukan sukaneka tahunan hamper hadiahnya. bukan itu, bukan begitu. blueprint yang lengkap, usaha gigih, waktu dan peluh sekumpulan manusia, tenaga dan komitmen yang tidak diberi hamper atau hadiah diakhir acaranya.
percaturan MIG bermula dari perancangan event ini sendiri sehingga titik penutupnya. acara yang menghimpunkan sekumpulan manusia dari jauh ini bukan kerja suka2. MIG 7january juga adalah kejayaan 45 orang ahli komitee yang di lantik sebagai manusia yang bertanggungjawab atas tugas masing2. TAHNIAH diucapkan kepada manusia2 komited ini tak kira dalam design, promo, management, researh, hospitality atau photography team. anda semua tulang belakang MIG. TERIMA KASIH DAUN KELADI. takde daun laen. :P
THANKS TO ALL PARA PARA SAKURA BIRU YANG HADIR MIG. yang tak dapat datang ade exam, yang start keje dan yang sepupu kawin, memang rugi lah anda. taktau nak cakap ape.wakakaa. mohon MIG sebulan sekali dah tak dapat.. pfffttt, mohon MIG setaun 4 kali boleh??! hahahaha.
PART 2 melabuhkan posting disini.
PART 3 coming soon akan cucuk angin belakang, perpisahan dan SUNDAY SWEATY SUNDAY.! check out for latest update. thanks for reading. :)
PART 3 coming soon akan cucuk angin belakang, perpisahan dan SUNDAY SWEATY SUNDAY.! check out for latest update. thanks for reading. :)
all the way from PD, by ELdy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan