Selasa, 31 Januari 2012

MIG. Sunday Sweaty Sunday. ( part III )



this is the part III. sambungan yang terlewat sikit. hohoho


Ahad. hari terakhir berkampung di PD. 

MBAKL sedap tidur sampai overslept. harharhar. sedar2 dah kol 12 kot. kat bawah da riuh rendah. rupenye yang kat atas tu je yang delay flight. haha. bangun dan mandi, siap dan packing. bergerak menuju kedai makan di Teluk Kemang. lagi sekali kitorang maen uturn2. sampai2, penuh kedai akak tu dengan warga MBA. sampai nasi pon habes. terpakse kitorang pegi kedai sebelah. sob..sob..sob..

Settle lunch, snap gambar terakhir dengan comrades JB n BP. bersalam2 dan ucapan selamat untuk perjalanan pulang kawan2 jauh.. uh, rase tak cukup mase sehari. rasenye ramai lagi tak kenal.. tp apekan daye. jauh perjalanan diorang. see you soon lah! hahhaa

Misi diteruskan ke Rumah Api Tanjung Tuan. woott woottt. ini champion,tak tipu punye! KL, SA dan IPOH mase memule tak bajet la berape punye advanture game Beng Ejal ni. kah kah kah. tapi dah sampai, baru tau suka duka perjalanan rumah api ni. hahaha.



sampai ke rumah api, kitorang tawaf rumah api tu. pusing je boleh, masok tak boleh. its damn beautiful from up there. sayang tak nampak pulau sumatera sebab kabus tebal. 






Actually ke rumah api tu oke je, just jauh dan jalan bukit. tapi dah abes tawaf rumah api. nak kebawah pulak. ke pantai rumah api. hah, yang ni menjawab la sume. turun pon dah penat, bayangkan naik nanti. hahaha. sampai destinasi sume amik napas, amek nyawe. ade yang lepak2 mencari botol, yam dengan aktiviti paranormal die. adehh. about half and hour, kite snap2 gamba and gerak balik ke atas. woahh! this is star wars advanture! har har har. pelik betul macam mane Zaki boleh sampai dulu. El bukan pancit, tapi saje tunggu diorang kot2 ade yg perlu bantuan. yang penting eldy rombongan ke 2 yg sampai dulu, booo Sarol takde fight langsung la macam ni. wakakaka.





Habis mendaki pendakian yang konpem first and last ni, sume heading foodcourt blue lagoon. sampei2 Eldy yang tak paham keadaan ni tetibe ade kembar plak. apela dorang kate kakak adik bla3 ni, oh suke dapat bahan orang ye. tak kire, akak air 100pluss dulu pelis. wahaha. lepas da habis nasik goreng pedas, Arm kene bergegas balik ke KL. yang laen2 nak mandi laut lagi. sooow jeles uolss! sudah nye balik berdua je. :(

Yang masih di pD dengar cite mandi bersungguh sungguh. siap belajar ear swim lg dari kucai. macam best gak berenang pakai telinga kan? wakaka. fahmy melaporkan pukul 8 baru diorang gerak dr sane. balik terus ke khulafa untuk game menyu lawan man city. tenaga kuda ape dorang pakai el kurang periksa. ceh. 


Berakhir lah miggu MIG. masing2 dah pulang ke halaman rumah masing2. tapi balik dengan satu semangat baru, pengalaman baru.each of us proudly holds a very2 sweet memory yang susah nak ignore dalam 2 3 minggu ni. confirm!! sebab pe,balik2 start cite kat adik beradik, mak abah, gf bf, husband wife, member liverpool arsenal city bla3. esoknye  start kecoh kat wall plak, pastu bertambah2 keterujaan bile kuar lak album2 MIG dr photograper sekelian alam. wahlawehh.! pastu masing2 start reveal cerita yang orang lain tak tau contoh tak boleh tidur sebab member sebilik pasang nos tepi telinga. har har har. makin meriah dengan kawan yang bertambah sini sana. name samaran pon bukan maen hot2 masing2 dapat.  tak ke meriah tak sudah2 tu. hah, fikir la sendiri macam mane nak control diri dari kegilaan MIG ni. muekekkke

"Ini sejarah. Ini bakal diingati anak-anak MBA di dalam buai, di atas dukungan, di dalam khemah , di bawah pokok, di kereta tolak, di pantai PD di masa depan. Sejarah ini adalah titik mula bagaimana kita mewariskan kepada mereka sebuah sistem kerja untuk mengumpulkan manusia-manusia berani. MBA membuktikan, memakai baju biru untuk menjadi diri sendiri bukan lagi satu kesukaran kerana kita tahu...Siapa dan di mana kita berpijak."




Petikan kata2 muun ni eldy jadikan penutup bagi tirai posting MIG ni. 



So, we should meet again next time. on the next event. LETS KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH! <3



Ahad, 29 Januari 2012

MIG - MAX In GATHering ( part II )

Part II of MIG.


Siap semua mandi and siap for night session, bergerak ke port balek. ecewah sume comrades tengah lepak2, ade yang bakar ayam. ade yg maen gitar cube nyanyi lagu embass juge. yang jauh cukup dekat disini.. kepul2 asap kerang, kentang dan hotdog dikipas sana sini. dari satu sudut, terlihat kita sebagai perkampungan manusia2 megah dari watak yang berbeza, tapi baju yang sama. baju penumbuk sape takde, mmg tak gangster.! 



  








Aktiviti mengipas dari squad kebas tiba2 terhenti dengan usikan hujan renyai. bertukar lokasi untuk berteduh. aktiviti sauna Arm, Daus bahary Fahmy dan Nhuaa situkang suluh diteruskan. dalam gelap gelita tetap lagi terdengar ketawa bergema dr setiap sudut binaan separa itu. selapas selesai mambakar, semua comrades duduk bersila having torchlight diner. wuh. sweet ala2 melayu gitu. :)


   







Dan tiba2 lepas makan, sesi melompat rancak berlaku dipantai. Yam yang tercampak disini sana agak merisaukan. Eldy, Kina dan Ain berjaya dalam lompatan pertama terus addict melompat sampai tak benti2. Arm yang konon2 lompat tinggi dan Ary bengang tak dapat lompat. hahaha. Beddy pon rupenye senyap2 join squad lumpat pantai. cis cis cis.
















Hampir larut malam, few comrades telah pun bergerak. kepadatan dan keterujaan (-.-") MIG pastinya memenatkan. dari awal pagi kita bermula, kini hampir dengan penutupnya. wajah2 dedikasi pagi tadi kini adalah wajah kepuasan, wajah bangga berada ditanjung tuan. yang di pagi nya tidak mengenal ramai orang tapi malam sudah riuh bersembang membahan2. MIG ini menyatukan. tidak dirancang jejak kasih adik dan abang, tapi beberapa kembar telah ditemukan. satu hari yang cukup pendek untuk kita, tapi pastinya terlalu bermakna. cukup memberi satu petak pemikiran baru tentang apa disebalik MBA yang hanya dilihat dari facebook anda semata2 sebelumnya.. 


Tanjung Tuan menghadiahkan suka tanpa duka, sakit bahu, kaki dan belakang, babak pertemuan mata ke mata pertama banyak manusia, kulit tanned hasil sunblock, nama2 samaran baru, trauma dibenam dan diterbalik kan, juga gambar2 indah berbagai rupa. kenangan, memori dan  pengalaman yang maximum ini cuma milik kita2 sahaja. :)
Rugilah yang tak datang, sayang seribu kali sayang (sesi bakar line) lalalala~







MIG MANUSIA KOMITED.

MIG bukan matlamat pendek. bukan suka2 merungkai acara, bukan cerekarama tv3, bukan sukaneka tahunan hamper hadiahnya. bukan itu, bukan begitu. blueprint yang lengkap, usaha gigih, waktu dan peluh sekumpulan manusia, tenaga dan komitmen yang tidak diberi hamper atau hadiah diakhir acaranya. 

percaturan MIG bermula dari perancangan event ini sendiri  sehingga titik penutupnya. acara yang menghimpunkan sekumpulan manusia dari jauh ini bukan kerja suka2. MIG 7january juga adalah kejayaan 45 orang ahli komitee yang di lantik sebagai manusia yang bertanggungjawab atas tugas masing2. TAHNIAH diucapkan kepada manusia2 komited ini tak kira dalam design, promo, management, researh, hospitality atau photography team. anda semua tulang belakang MIG. TERIMA KASIH DAUN KELADI. takde daun laen. :P

THANKS TO ALL PARA PARA SAKURA BIRU YANG HADIR MIG. yang tak dapat datang ade exam, yang start keje dan yang sepupu kawin, memang rugi lah anda. taktau nak cakap ape.wakakaa. mohon MIG sebulan sekali dah tak dapat.. pfffttt, mohon MIG setaun 4 kali boleh??! hahahaha. 

PART 2 melabuhkan posting disini.
PART 3 coming soon akan cucuk angin belakang, perpisahan dan SUNDAY SWEATY SUNDAY.!  check out for latest update. thanks for reading. :)

all the way from PD, by ELdy.

MIG - MAX In GATHering ( part I )

MAX IN GATHERING.


MIG. tak habes2 di sebut dr oktober lalu. MIG memenuhi dinding2 fb para para sakura biru. bermula dengan berbagai2 perasaan, berakhir dengan sejuta kali kepuasan yang tak mampu nak tulis di mana2 ruang. itu lah hebatnya impak MIG.  


7 januari 2012, Tanjung Tuan Port Dickson. bagai ingin diulang2 dan bagai tak ingin berakhir. berat hati meninggal kan pemandangan pantai dipenuhi manusia berbaju biru. berat hati meninggal kan bot pisang, bagai ingin melihat lagi larian2 poyo MBASA menentang MBAKL menafikan 9-3 adalah milik KL yg hebat ini. bagai ingin melihat lagi ketibaan MBA BP, JB dan IPOH dari tepi pagar. teringin benar berchanting dan menggelakkan Zaki yang salah lirik. riuh rendah dr parking kereta sehingga ke pantai, aksi2 larian pembawa bendera yang dikhuatiri tahap sober nya, beach kick yang penuh drama dan gelak ketawa, memerhati Ina Alloutte dengan jeles nye bila dia dapat mandi laut dulu, dan anda tiba2 dr pemalu berubah menjadi DSLR hunter apabila MIG bagaikan anugerah planet muzik bila dipenuhi dengan photographer. ini mungkin baru suku, mohon perenggan lain. sebab kalau tulis lagi dan lagi... mungkin nangis nak MIG lagi di febuari!!! 





Bermulanya mission MIG Eldy pada malam 6jan bersama 16 comrades KL berkumpul di sentul bersama beg2 macam seminggu nak stay. diketuai mok2 shaye mista Arm, secara tenang berkonvoi 5 bijik kereta bergerak 90kmsejam. harharhar. 
berhenti di shell sg besi mengisi minyak dan mengambil Azue dan Ain. konvoi meneruskan perjalanan ke port dickson dengan bangge nye menjadi team pertame yg sampai. woott woott!! (buat2 lupe Zick hardy) penginapan MBAKL 3hari 2malam di Palm Spring Resort, ditaja penuh oleh kucai bibir. tenks kucai.! selesai pilih bilik, getting ready for dinner. lepas main uturn2, berhenti kat kedai alakadar. meja panjang tu bising tak habes2 hasel membahan kawan2 sendiri. berita shah alam dah pon bergerak dengan 20 bijik kereta menaekkan feel tak sabau nak tunggu pagi! 


Balek resort, Azue dimandikan dengan tepung, sempena birthday hari tu.diikuti Dinie, Zaki, Fahmy mengejar Arm ke hujung blok, Eldy mangse keadaan dan Beddy tak aci lari dulu. masok2 berlumba2 tidur diorang, yang tinggal 6 orang tok sidang memekak kat hall. Eldy surrender pd 5.30 pagi. tp jilake 3 orang gile kacau tros xdpt tido sampai pagi. ending mate bengkak pegi MIG. pffttt 0.0


And here, MIG begin. 


Pantai Tanjung Tuan ibarat mengalu2 kan kehadiran sosok2 MBA. kehadiran MBAKL di sambut meriah oleh MBASA dengan laungan booooo. kite dah biase. releks aje. tapi settle boo, tetap bersalam betepuk bahu. sweet kan korang! <3 tak silap Eldy, yang sampai tak lama kemudian adalah JB, KL part 2 dan yang lain2.. seronok tengok dorang sampai, bersalam2.. kebanyakkan nya inilah kali pertama bertemu muka. 








MIG dimulakan dengan suara Mu'un (Ketuanan Nco), founder MBA briefing para para sakura biru. banner signature and black book dimulakan. laju2 sume sign sebab sume nak breakfast. we head to kedai makcik tepi jalan, pelik2 je makcik tu ushar budak2 ni biru beramai2. hahahaha. and after breakfast kitorang g beli tepung ngan telur untuk buat lauk birthday figure. (thanks yang donate2 kenduri kite :) 












Back at beach, next session is history of MBA & free the confusio. sesi mengenal MBA dr wujudnya, melepaskan segala kekeliruan, menerangkan mengapa dan kenapa, siapa dan apa disebalik kemarahan pemilik mutlak nama ini. followed by real masterplan, 2012 agenda & tribute to Anelka n Zhirkov. santai semua comrades di atas pasir, bibawah pokok tak kurang jugak ade yang sebok buat kubu pasir bulat2. (-.-')  selesai, semua comrades bangun untuk berchanting. Zaki mohon sorok muke kerana pening lalat salah chant. ikan duyung tanjung tuan kini mungkin tengah praktis chant setelah terkejut dengar chant ganas dr MBA. zigga zagga, carefree, 10 men went to mow and chelsea rangers bagaikan redbull memberi semangat para comrades yang tak cukup tidur :P















Sand crossword dan beach kick antara region, the most happening moment pagi tu. perang senak antara KL dan SA dah libat kan region laen. harharhar. SA main tipu. pakai lebih 2 org. KL ingat dah menang, sekali JB sailang. malu dah dua2. padan muke. kah3. beach kick KL mentang JB (yang lebih2 SA), SA menentang BP (KL tau menang tipis) dan kemudian KL mentang IPOH( Alip tak bleh blah time ni). yang ni memang paling huru hare. yang maen pon tak macam diorang punye excited. kalau gol,hilang kawalan diorang ni.. hadeh. (-.-')









Habes game, lunch time.!
MBAKL makan di koboy, PD. seronok lah koboi2 tu banyak artis datang hari ni. eceh. bahang panas tengah hari melekat lekit kan comrades. laju2 sume nak balek mandi.(lah konon) sampai rumah, toilet kosong. katil, sofa dan hall yang penuh. ampeh. tak sampai setengah jam.. mase sume nak rest kan badan. suare perut satu rumah dengar. cis2 Saki! "ba alip ngun" siyes buat Eldy tak jadi tidur. -.-"  




Lemau2 jugak la sampai kat port, rupenye ramai yang dah mandi laut. amboih. banyak lagi yg belum sampai.. makan2 eskem sambil snap2 gamba. then lepak port FJ baring2 kejap. tak habes2 Arm dengan Fj ni bedebat. (-.-") kemudian comrdes dipanggil utk program seterusnya. high defination photoshoot namenye (suke2 letak). Zack photographer mentor bertugas. woott woott!








Selesai photoshoot, misi Mesagge in the Bottle pulak on the move. squad kayak dari setiap region akan membawa botol2 jin MBA untuk menghanyutkan misi MBA ke luar sempadan sana. tahniah kepada squad kayak (Eldy jeles) dan tahniah squad jeng jeng jeng atas kayak2 yang anda terbalek kan. wahlawei!






Mula2 taknak mandi. tapi dah kene ajak berkali2 naek bot pisang tu,Eldy follow juge la. 4 kali ter dan terbalek. gile seronok sume orang.. banyak jugak telan air masin tuh. tapi takde la buah tangan macam Sarol dapat. hehehe. Arm berat, sakit bahu angkat die. kah3. ending jatuh betul2 depan comrades MBA. beshnyeh! jatuh2 je kene panggil naek? booo Muun! jeles lettew! harharhar. 



Persediaan menunggu sunset untuk shot terbaek. tepung attack mendapat greenlight. semua naek atas menyauk telur ngan tepung. nak lari mane pet? bertubi2 telur ngan tepung die kene. sape kate nak serang gigi sorang je? Eldy g carik Azue, pastu Zaki pulak. yang Beddy padan muke kene gak akhirnye. paling best, tetibe Zaki menjeritt 'wooooooo' bedebushhh! eleh, cetek je? kah3. paling ape pon tak boleh, si Iqbal "nak salam". what de heck tangan kosong lari masok air? kah3.! kesah disebalik. zaki the epic fail. turut menyelam handphone, rokok dan wallet beliau. -.-"



    


Selesai tepung attack, baju penumbuk time. squad sunset paranormal bershooting pulak. dengan baju basah, sarung aje mane dan. diatas sane dah kelihatan Nett , Wanie, Dira, kak Uda dan Fazlie sedang menggaul ayam BBQ. comrades yg kebasahan balek dulu untuk mandi.



MIG belum habis, tapi posting ni break kat sini. lalalala~ jumpe balik kat part II for the BBQ and sunday sweaty sunday. :)