Khamis, 2 April 2015

#MBAKL 4th anniversary !!! #MB4KL

Enjoy the #AprilSuperDeal in Lost World of Tambun. Further markdown for entrance ticket when you purchase online! 
http://my.shareddis.com/p/a0oeE

Its February again.!! 
Sedar tak sedar sudah 4 tahun MBAKL ditubuhkan. 22 feb tanggal rasmi ulangtahun Malaysia Blues Army Kuala Lumpur bertapak sebagai region ke 2 MBA. Bermula dengan semangat, minat dan matlamat perlahan lahan persaudaraan itu mengambil tempat disegenap ruang masa saat asalnya cuma bersama menonton bola. Warna jiwa nya sama.. api mata juga sama.. dari hanya dengan satu meja MBAKL berkembang terus dan masih membesar. Berbagai dugaan dan cabaran datang menepuk bahu2 kami seketika , Alhamdulillah gagah bersama semua mempertahankan rumah pusaka. 



4 Tahun yang terasa sangat singkat pada kami. tapi besar maknanya , too much of great memories that forever we will keep. and the most important thing each of us holding to one priceless treasure indeed. a brotherhood and sisterhood that so damn tight among us is our secret that were so strong together and fix! thats whats make us count far more then just a bunch of people that try shit to be like us but you know you guys just zero. just saying !

MBAKL is our ground and we proud of it. we'll fight for it. 

Im glad that im here since the first year. been sitting together doing some sketch doing some arrangement for first MIG until late for weeks that is one moment that i remember in my early days.. seeing all the hardworking to make things happen between all comrade is one valuable meaning to show how hard it is to build up this name our own big HOME.



























 1st Febuari we gather to celebrate the 4th birthday of MBAKL at sungai pangsun , hulu langat. Picnic themes for the first time! 40 comrades from kuala lumpur and shah alam's admins line up had arrived at Impian rimba resort about 9am to cherish this beautiful day!  

The food is served, BBQ is smoking , seafood is grilled. 
everyone now in #MB4KL tees. and were good to go.





























Start with doa dan sikit kata kata dari presiden dan admin, kemudian potong kek ! ahaha. lepas sambil2 breakfast semua dihambat ke padang untuk game session . tapi sebelom tu kite ade photoshoot yerr ramai2!  lepas dapat group masing2 game session untuk darat dimulakan dgn dodge ball , galah panjang and finally helicopter survival bapak seram. bahahha. game yg last paling win skali siyes buat pecah perut woi!

Lepas settle game darat, lunch time lunch time! sape yang x sabo dah dok terjun tiruk bagai dahh..  wags sekalian tgh feel2 picnic.. layan anak2 makan sebelum mandi. kemudian prepare untuk game air pulak. wakaka epic fail. game tak munasabah ni bikin hangin satu badan sudahnya takde sape menang hahaha ! 
sooo mandii taiimmmm!!

























Hah ni sesi lepas geram lak. kasi hentam la summer soult, backk flip , flying kick , chopslam sampai lobamm. gua ni pon hampir2 tak timbul kene chong ngan jack. ciss. terima kasih sape yang tarik gua dari kedalaman 10 meter confuse tu hari tu. kekekeke. ramai jugak hilang pedoman petang tu. wakakaka.

Petang skit comrade dipanggil utk penyampaian hadiah game2 tadi and dende untuk team corot. wahlaweii.. team buntal first and team zaki tempat last. al kesah kene baling campuran cecair dari 8 longkang bedekatan. kahkahkah. dende hampeh chanting sambil joget kpop gua surrender oi.. 

Dah habis , sambung mandi dan masa chill chill bawah pokok. ramai gak lagi yang x naik2 termasuk gua. bahahaha. hampir 5 petang semua dah naik , salin dan berkemas. selfie time for girls i must say. hahaha. 

Siap semua , gather for last group picture. sembang2 itu dan ini sebelum pulangg. its been a great day having everyone together celebrating . thanks untuk para sponsor2 kita kek, coklat oreo , air dan goodie bag. awakk awesomee! its farewell time , salam2 balik lah kitee.. 

THANKS for everyone. for admins keeping this land alive. for topboys, topgirls, wags, frontline and all comrades who have stayed from years back include our new joiners. thanks alot and see you soon!
 PROUD.HONOUR. BROTHERHOOD. 





Khamis, 26 Februari 2015

If Only i Had The Guts ~

Enjoy the #AprilSuperDeal in Lost World of Tambun. Further markdown for entrance ticket when you purchase online! http://my.shareddis.com/p/a0oeE


I know i have kept a lot from you.
I know its not fair. 
I know i should tell you.
I know i have to tell you.

Maybe i can tell you some, but not all.
Maybe i can keep it secret just a little longer.
Maybe i can hide it from you more.
Maybe i can get the guts to tell you everything.

Everyday, i wanna tell you.
Everyday, i hope i get the guts to tell you.
Everyday, i feel bad for not telling you.
Everyday i think about you.

Sometimes, i dont want to tell you.
Sometimes, i just want you to know it all.
Sometimes, i wish i never knew you.
Sometimes, i wish you were all mine.

If i had the guts, i would tell you everything.
If i had the guts, i would tell you how much you mean to me.
If i had the guts, i would tell you your the only reason im alive.
If i had the guts, i would tell you my biggest secret.

Just knowing that i love you.
Just knowing that you may or may not love me back.
Just knowing that i care.
Just knowing that you probably dont.

Breaks my heart.
Breaks my soul.
Breaks my dreams.
Breaks my life.

If i had you, my life would be complete.
If i had you, my life would be perfect.
If i had you, i would be happy.
If i had you, i wouldnt have to search anymore.

I know i should tell you.
I know its not fair.
I know i have kept a lot from you.
I know i should tell you.

But, i dont have the guts, 
The guts to tell you i love you,
The guts to tell you your the reason im alive,
The guts to tell you,
I need you in my life.





Khamis, 12 Februari 2015

GOne.. But NeveR FOrgottEN.. Lyana Mutalib..

Assalamualaikum..
selemah lemahnya aku membuka ruangan ini.. agak lama untuk mula menaip memulakan sambungan dari episod 2014...dont know how to start.. terlalu banyak bersimpul aku pendam takut tak terlawan perasaan.. 

2014 sekali lagi merempuh hebat hati kami.. 

langit siang masih belum benar kembali terang, sekali lagi cahayanya tiba2 hilang..

Malam 7 Oktober 2014 , tiada kata dapat aku gambarkan mendapat berita itu.. terus terduduk aku x sedar air mata terus mengalir cuba menidakkan apa yang dikhabarkan.. aku hilang seketika dengan diri sendri... menafikan berharap ini bukan realiti..terlalu berat untuk terima.. Nur liyana Abd Mutalib telah pergi selamanya.. kabur bukan sekadar pandangan.. tercampak habis segala penahan.. aku bangun untuk terus ke hospital malam itu..tapi pojan dan yang lain dari KL sudah separuh jalan utk membantu keluarga menguruskan..


Lemah tanpa kekuatan aku berdiri ditanah perkuburan saat2 akhir sebelum arwah dikebumikan.. belum pernah bersedia aku untuk lepas kan.. masih belum puas berkenalan.. dari jauh aku terlihat.. wajah ibu arwah .. tak dapat aku bayangkan..cuma terus mohon supaya tuhan beri dia dan seluruh keluarganya kekuatan mengharungi pemergian ini.. 

since i know her.. i see she was with someone she dream it will be forever.. terus tak dapat aku tahan air mata bila teringat kan impian yg pernah dia bgtau aku dulu.. Ya Allah.. kau pegangilah hati hati kami ini supaya kami redha dan ikhlas dengan ketentuanMu..



Januari yg baru berlalu ini genap lah 3 tahun kita berkenalan.. terlalu singkat pada aku.. terlalu.. :'( tapi dalam tempoh tu.. sangat cepat kami menjadi rapat.. memang dia ramah..baik sangat orangnya.. memang selesa bile ngan dia..punye la penyabar orangnya...Ya Allah.. rindunya...

Malaysia Blues Army again mourn over this lost... begitu kuasa Allah.. tarikh pemergian Yana ialah hari yang sama dengan hari lahir arwah Kucai..
begitu terasa hilangnya pada kami di sini...



Terbayang2 mase same2.. tido sekatil.. pernah stay up sampai 5 jam kitorang bersembang! makan sesame lepak share problem 

story about each other.. mase kat johor nak g karoke sesat sampai satu jam, pegi raub kenduri nurul ..then lepak lurah bilut mase tu same2 segan kampung orang..pegi air terjun picnic2.. pegi cari gulai kawah merata rata.. 
teringat mase bilik kita dua2 tekunci MIG.. lepas penat ketuk dan tunggu..sampai sudahnye dua2 redha pegi mintak kunci kete.. Bile da amik.. "eh kite nk tido kete mane? waja ke viva??" ahaha aku yg rase nak anginnn pulak bile pandang parking kete sbb badan da la penat terus ilang tgk kan kesabaran dia...padahal dua dua tak berani! takot oh! ngan risau pulak.. aku sangat ingat semua waktu tu.. how we both acah2 try to be indipendent and setelkn sndri bila anak2 penguin betuah semua dah tedampar..the best part is when we both power rangers dah out of option that night.. and say its okay..were fine.. and lough. hmm murah air mata menulis tentang ni.. rindu sgt.. then..i learn dari sabar itu akan datang kebaikan atau dimudahkan jalan.. aku decide sewe je lah bilik kalau ade extra.. tapi sudahnya Alhamdulillah takyah susah2 we get one empty challet. hah kite bedua yang punya .golek ikut suke :D



Kalau ade ape2 issue of argument we always share same opinion and pastu fight dengan kaum adam and the gang.. banyak pasal bende lain pon we not that different much. memang berlegar memori indah.. tapi kadang jauh dalam hati aku menyimpan rasa terkilan.. sejak kerja luar KL.. aku mmg tak dapat attend nonbar or program..keluar same pon tak.. mmg tak jumpe lame.. contact pon kadang2..terkilan aku takde dengan arwah masa sakitnya..sungguh aku terkilan.. kesal dengan diri sendiri.. hingga sampai lah  hujung december lalu..i dreamt of her.. die suapkan aku nasi ayam..and i said im sorry if anything i did wrong.. shes smiling at me calmly.. bangun aku terus menangis.. yana , el sayang yana . yana da macam kakak bagi el.. lepas ni MIG el nak tido ngan sape.. dengan siapa lagi el nak cerita..   subhanallah.. i cannot go any further.. my heart felt being press.. 


 MBA tour to JB .. with both of them still with us.. both.. will always remain with us.. in our heart. forever... 

Begitu payah wajah2 pagi itu melepas kan..  tapi Allah lebih sayangkan dia.. tiada lain yang aku harap supaya kekuatan tuhan terus berikan kepada keluarga arwah..pojan dan keluarga..aku harap mereka akan terus tabah dengan kehilangan besar ini... wags kehilangan seorang penyeri dan teman yang banyak memberi komitmen membantu urusan2 program MBA.. bersungguh dalam ape yg die buat..kita kehilangan teman borak teman ketawa dan berkongsi duka yang sebelum ini bersama.. memang semuanya rapat dengan arwah.. tak akan ada pengganti lyana dalam hidup aku dan semua..aku tau..kita semua  kongsi kerinduan yang sama...



Aku mohon diruangan akhir ini..  kite luangkan sedikit masa kita untuk sampaikan rasa rindu kita kepada arwah dengan AlFatihah .. semoga arwah ditempatkan bersama para mukminin... Amin...


Belum puas perkenalan, terpisah kita di ruang ketentuan..
kini jasad tidak kelihatan.. namun kau kekal dalam ingatan. 
sayang yg kau tinggalkan takkan pernah berkurang.. 
dan rindu ini pasti takkan pernah terpadam.. 
damai lah kau disana sayang.. 
sampai nanti aku datang...

Assalamualaikum...

Isnin, 26 Januari 2015

Don't yOu Quit ..

Enjoy the #AprilSuperDeal in Lost World of Tambun. Further markdown for entrance ticket when you purchase online! click the package here!


When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit-
Rest if you must, but DON'T QUIT.

Life is strange with its twist and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a fellow turns about
When he might have won had he stuck in out,
Dont give give up though the pace seems slow-
You may succeed with another blow.



Often the goal is nearer than
It seems to a fair and faltering man,
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when night came down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out-
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems afar,
So stick to the FIGHT when you're hardest hit-
Its when things seems worst that you must'nt quit.


ELdy-

Khamis, 15 Januari 2015

Gone .. But Never Forgotten ..

Enjoy the #AprilSuperDeal in Lost World of Tambun. Further markdown for entrance ticket when you purchase online! http://my.shareddis.com/p/a0oeE


Assalamualaikum.
Fuhhhh berabukk habis blogg nihh... ngeerrrr.. 
yep after years i left this piece of blog ..gua decide utk say hello tahun ini. 
tah pape kan perangaiii..heee...been busy before..pastu ngan laptop rosak nye.. rehat la kojappp. ni pon tak tau rajin brape lame je. heeee

Its another new year for us. 2015 touching down at our platform. 
selalunye konpom gua semangat giler kan?! entry pon excited dulu kan? not this year anymore..its been a lot , the different is undeniable inside and arround. gua percaya bukan gua je yg macam ni.. i can say all of us malaysians feels the same.. i dont know should i do this or not..
selalunya aku akan buat entry untuk penutup tahun with some throwback of  happy moment and pictures..not this time .. cuz ill take this space for me to put down some words and remembering those days behind that 
had come pass through...


Belum pon mula..mata dah berkaca.. may i have the strength to get thru this.. 

2014 .. i dont know how to start now.. 

April.. membawa pergi seorang sahabat kami.. Qusairi Saadon atau KucaiQusyairi Naoki kembali menghadap Illahi.. seluruh warga Malaysia Blues Army dikejutkan berita kemalangan yg meragut nyawa admin Kuala Lumpur kami pagi 20 april.. macam tak percaya.. aku sendiri tak mahu percaya..aku cuma dapat tahu petang lepas balik kerja.. trase kosong.. terdiam lama aku mengalir air mata dengan perkataan "tak..tidak..memang tak.." 
tak sempat aku ziarah arwah buat kali terakhir hari tu..terkilan tak tahu lebih awal..terlalu cepat kau pergi kucai.. tapi aku tau kami harus redha keranaAllah lebih sayangkan kau.. 


He was a very good friend.. a very good man.. orang pertama yang akan volunteer nak tolong kalau kawan2 ade masalah.. a very humble inside.. 3 tahun lebih aku kenal arwah.. 
selalu sekereta sama kemana2.. tak sunyi.. selalu meriah dengan gila2 dengan bahan membahan sepanjang jalan..kalau bab tengok bola jangan citer la..dah tentu nonbar sebumbung.. klo event lak kite sume akan bekerja sesame.. he is the person yg akan rase bersalah kalau die tak ade same
untuk tolong comrade lain utk event atau any preparation. we shares chelseafc and football passion together. this is where all the friendship starts.. 

The only time yang aku pnah marah die...mase die eksiden dulu.. 2 kali mase aku kenal die.. dua2 kaki and yg kedua tu memang teruk jugak cedere kaki dia..tu pn berderau jantung aku bile tau and tengok..memang aku suka bising bila cakap pasal moto lagi time tu..aku tak ingat respon die selalu..
hmm..aku bising pasal kite risau cai..aku mintak maaf.. :'( but he is one tough person..always take thing positively tak mengeluh walaupun sakit.. 



you will always be miss , Kucai.. 
Dia memang suka motor.. suka konvoi.. suka tour ngan kawan2 duke die..memang minat die.. kawan2 ride die pon salah satu circle rapat die selain MBA setau aku mmg semua berkawan da lama.. 
ade jugak aku mengadu about personal matters kat die dulu..been like brothers to me. Ya Allah..memang xboleh banyak aku tulis.. terlalu sebak untuk kenangkan semua...ni hanya sebahagian dari diri aku..tak aku bayangkan rase kehilangan family arwah sampai hari ni..dan lain2 yg lagi rapat dgn die..admin2 and topboys2 KL dan Shah alam yg memang lagi close dengan dia, more then a friends they are more like brothers..


in memories of Kucai Qusyairi

Tuhan saja yang tahu.. betapa rindu nye semua yang kehilangan kau kucai.. terlalu cepat kau pergi tinggalkan kami..Kat MBA .. we miss your voice your lough, spirit and passion that  been missing on our ground this past years.. hampir setahun kau pergi..dengan kenangan..bersama doa kami kirimkan buat mu..sampai nanti bertemu lagi, tenang lah disana Qusyairi.. semoga roh mu ditempatkan bersama orang2 yang soleh.. aminn.. 

Aku terpaksa berhenti disini..belum mampu teruskan lagi.. sepatutnya aku cuma mengimbas sedikit tapi rasa yg tak terluah menolak panjang 
sorotan ini.. memang masih banyak tersimpan.. aku tutup dulu disini warkah tribute ni.. InsyaAllah.. aku akan sambung lagi mengingati satu lagi kehilangan besar kami di 2014 lalu..

Aku mohon kita luangkan masa seketika membacakan Alfatihah di hujung tulisan ini untuk beliau... Dan melapang kan dada untuk memaafkan andai ada berlaku kekhilafan dari arwah dulu.. AlFatihah..
Assalamualaikum..


Antara ucapan2 terakhir dari sahabat2 terdekat..